13 Important Tips To Take Note Before & During Job Interview

Blog Title
Sep-11

13 Important Tips To Take Note Before & During Job Interview

Tiga belas (13) perkara penting yang perlu dilakukan sebelum dan semasa menghadapi temuduga kerja.
Apabila kita menerima panggilan telefon atau email mengatakan yang kita telah berjaya untuk menghadiri temuduga, sudah tentu kita akan berasa gembira namun sedikit berasa bimbang. Tidak mengapa, itu adalah perasaan yang normal bagi semua orang.  Disini akak ingin kongsikan sedikit panduan supaya anda semua tenang menghadapi temuduga.

Berikut disenaraikan panduan tersebut :

1. Berikan jawapan serta merta sekiranya kamu mendapat tawaran melalui telefon.  Namun perkara pertama yang perlu dilakukan sekiranya tawaran tersebut melalui email, kamu perlu membalas email tersebut seberapa segera.  Pastikan kamu berwaspada serta ingat dengan waktu, tempat dan masa temuduga tersebut akan dilaksanakan.
2.Buatlah sedikit carian maklumat berkenaan dengan syarikat tersebut.  Sekurang-kurangnya kamu tahu latarbelakang syarikat, aktiviti yang dijalankan, visi dan misi syarikat supaya kamu tahu halatuju syarikat dan mungkin juga tahu serba sedikit berkenaan nilai-nilai teras dalam syarikat tersebut.
3.Jangan lupa untuk cetak CV dan salinan sijil akademik supaya kamu boleh senaraikan analisis SWOT tentang diri kamu. Apa kelebihan, pencapaian dan kelemahan kamu supaya kamu lebih berkeyakinan dan kelihatan lebih matang dan bersedia menghadapi temuduga tersebut.
4.Sediakan sekurang-kurangnya satu (1) set soalan kepada penemuduga supaya berlaku komunikasi dua hala sepanjang tempoh temuduga tersebut sekiranya kamu diberikan peluang untuk bertanya soalan.  Ini membantu penemuduga menilai tahap kebolehan kamu dan sejauh mana kesungguhan kamu untuk menyertai syarikat tersebut.
5.Dapatkan tidur yang cukup sebelum hari ditemuduga.  Bila kamu mendapat tidur yang berkualiti kamu akan lebih mudah bangun pada waktu pagi dengan lebih segar dan bertenaga. 
6.Cari dan pilih pakaian yang bersesuaian dan kemas. Pastikan pakaian digosok rapi. Ingat ya, tanggapan pertama adalah penting kepada penemuduga untuk membuat rumusan.  Berpakaian kemas dan rapi menunjukkan kredibiliti dan personaliti kamu secara keseluruhan.

Semasa ditemuduga pastikan kamu lakukan perkara-perkara ini :

1.Datang awal sekurang-kurangnya setengah jam bagi membolehkan kamu mengisi borang permohonan dan membuat persediaan.
2.Seelok-eloknya kamu bersarapan pada hari tersebut kerana sarapan yang berkhasiat membantu memberi tenaga dan menjadikan kamu lebih fokus.
3.Bawa salinan CV dan sijil yang telah dicetak. Sentiasa bersedia dengan menyusun CV dan sijil mengikut keperluan.
4.Berpakaian kemas dan rapi pada hari temuduga sesuai dengan jawatan yang dipohon.
5.Fokus dan tenang sepanjang tempoh temuduga tersebut. Selidik jawatan yang dipohon,apa bidang tugas yang bakal dilakukan supaya penemuduga boleh menilai dengan sewajarnya.  Pastikan bahasa badan kamu juga ya, ia sangat penting dimana postur badan, senyum dan juga hubungan mata mempengaruhi tahap keyakinan anda berkomunikasi dengan penemuduga.
6.Sekiranya diberi peluang untuk bertanya soalan, hendaklah kamu bertanya soalan yang betul dan wajar bersesuaian dengan jawatan yang ditawarkan. Jangan melebih-lebih apabila berbuat demikian.
7.Ucapkan terima kasih apabila tamat sesi temuduga.  Sekurang-kurangnya berterima kasih diatas peluang temuduga yang diberikan kepada kamu.
Selamat Mencuba. Semoga Berjaya!
 
Pesanan Ikhlas,
Akak HR

To View Article in English, please see below for translation.

Thirteen (13) important things to take note before and during the job interview.
When we receive a phone call or email saying that we are invited to attend for an interview, of course we will feel excited but at the same time feeling nervous. Don’t worry, it's normal to feel that way for everyone. Here I would like to share a guideline so that you would be calm before the interview.
 
The following is a list of the tips:
 
1.Reply immediately if you receive an interview invitation over the phone. But the first thing to do if the interview invitation is via email, you need to reply to the email as soon as possible. Make sure you remember the time and location of the interview.
2. Do some research to collect information about the company. At least you know the background of the company, the activities carried out, the vision and mission of the company so that you know the direction of the company and maybe even know a little bit about the core values ​​in the company.
3. Don't forget to print out your CV and copy of academic certificates so that you can list down the SWOT analysis about yourself. What are your strengths, achievements and weaknesses so that you are more confident and look more matured and well prepared.
4.Provide at least one (1) set of questions to the interviewer so that there is two-way communication during the interview if you are given the opportunity to ask questions. This helps the interviewer assess your level of ability and the extent of your determination to join the company.
5. Get enough sleep before the day of the interview. When you have quality of sleep you will be easier to wake up in the morning fresher and more energetic.
6.Find and choose clothes that are appropriate and neat. Make sure the clothes are ironed neatly. Need to remember, first impressions are important for the interviewer to make a conclusion. A well groomed dress code can shows your overall credibility and personality.
 
During the interview make sure you do these things:-
 
1. Arrive at least half an hour early to allow you to fill out the application form and make preparations.
2.You need to have a nutritious breakfast because its helps give you energy and makes you more focused.
3.Bring a copy of the CV and all the certificates that has been printed. Always be prepared by compiling CVs and certificates as needed.
4. Make sure your grooming on the day of the interview in accordance with the position you applied for.
5. Focus and keep calm throughout the interview period. Do research about the position you applied for and the job description as well so that the interviewer can evaluate you accordingly. Make sure to look after your body language , your body posture, smile and even eye contact. It will affect your level of confidence in communicating with the interviewer.
6. If you are given the opportunity to ask questions, you should ask the correct and appropriate questions in accordance with the position offered. Do not overdo it when doing so.
7. Thank your interviewer at the end of the interview session. At least thank your interviewer for the interview opportunity provided to you.
 
Good luck!
 
Best Regards,
Akak HR