Hai semua, akak ingin kongsikan beberapa perkara asas dalam memilih kerja buat graduan lepasan universiti.
Berikut adalah tiga (3) petua asas pemilihan kerja untuk graduan:
1. Perhatikan jawatan yang dipohon sesuai atau tidak dengan jurusan yang dipelajari di Universiti.
Ini perkara asas yang paling penting kerana janganlah nanti belajar akaun tetapi memohon jawatan untuk housekeeping!
Bukan soal memilih kerja, sekurang-kurangnya kamu tidak membazir waktu belajar dan boleh mempraktiskan pengetahuan tersebut pada jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan. Kamu juga akan ada satu kelebihan bilamana tempoh perkhidmatan telah melepasi setahun, 2 tahun, siapa tahu kamu akan dinaikan pangkat sebab berkebolehan dalam bidang kamu, jadi kenapa tidak?
Jangan takut untuk memulakan kerjaya sebagai pramusaji, pengemas bilik, penyambut tetamu atau kerani. Memiliki ijazah bukan bermakna kamu harus menjadi pengurus pada kerjaya pertama! Perlu diingatkan bakal majikan lebih tertarik dengan keupayaan kamu berbanding kelayakan yang kamu miliki.
Untuk faedah jangka panjang anda dapat membina keyakinan diri dari masa kesemasa, anda akan membina kehidupan anda apabila selalu menghadapi cabaran baru dan menempuh apa yang anda mahukan dan perkembangan peribadi anda. Anda akan selalu dapat menangani situasi yang tidak dijangka jika anda melaksanakan tugas anda dengan baik sepanjang tempoh pekerjaan dan mengembangkan potensi anda menjadi pemimpin yang hebat.
2. Selidik latar belakang syarikat.
Perkara kedua terpenting untuk diperhatikan adalah latar belakang syarikat. Kenapa ia penting?
Dengan mengambilkira siapa dibelakang syarikat tersebut, kukuh atau tidak, berapa jumlah pekerja, kepelbagaian kaum atau apa kegiatan utama syarikat sedikit sebanyak boleh membantu calon untuk menjadikan kerjaya pertama ini sebagai platform untuk bergerak maju ketahap yang seterusnya. Dengan kepelbagaian itulah sedikit sebanyak dapat membentuk sikap dan mempengaruhi kemahiran kerja anda.
3. Perhatikan kelebihan dan faedah yang ditawarkan.
Mungkin segelintir graduan beranggapan bahawa kadar gaji yang ditawarkan adalah perkara yang paling penting tetapi ingat ya banyak lagi perkara yang lebih penting selain daripada gaji.
Banyak faedah lain yang perlu diperhatikan seperti kemudahan asrama, pengangkutan, klinik panel, insuran, kemudahan ditempat kerja seperti rumah ibadat, tempat rehat, loker, pakaian seragam, sukan & kebajikan, makanan percuma dan banyak lagi.
Wah, banyak kan?
Oleh itu, graduan perlu luangkan sedikit masa untuk teliti semua perkara asas ini supaya anda dapat memilih dengan tepat jawaran yang sesuai dengan anda. Semoga Berjaya!
Pesanan ikhlas,
Akak HR
To View Article in English, please see below for translation.
Hi all fresh graduate, I wanted to share with you some basic tips in job search.
Below are three (3) fundamental tips of job search for fresh graduate:
1. Ensure the position applied is suitable with your qualification.
This important point is to avoid wasting your time invested in studying accounting but applying for a position in Housekeeping!
It’s not a matter of choosing a job, at least you don't waste your time studying and could fully utilize that knowledge acquired in your college in the job that suits your qualifications. You can also have an advantage when your service has passed a year and two (2) years, who knows you will be promoted due to your abilities, so why not focus on your strength on education qualication?
Don't be afraid to begin your career in junior level position such as waiter, room attendant, bellman or clerk. Not necessarily to expect starting a managerial level position on your first career even if you are a degree holder! Please bear in mind that your future employer would be most attracted to your capabilities in workplace rather than your qualification.
For long term benefits you can build your confidence over time, you will build a life when you are always taking on new challenges and going after what you want and your personal development. You can always handle unexpected situation if you well executed your job task throughout the employment and grow your potential into a great leader.
2. Company background survey.
The second thing that is very important would be the background of the company. Do you know why this is important?
Taking into consideration the top management behind the company, the stability of the company, total number of employees, workplace diversity or main activities of the company are the key point in assisting the fresh graduate to make their first career as a platform to move forward to the next level. To some extent with that diversity can be influenced and shape your attitude and work skills.
3. Take Note to the benefits offered.
Maybe some of graduate think that wages is the most important thing in job offer but remember, there are many more things to be considered apart from salary.
Many others benefits need to be considered such as accommodation, transportation, panel clinics, insurance, workplace facilities such as a place to rest and worship, lockers, uniform, sports & welfare, free duty meal and etc.
Wow, a lot, right?
Fresh graduate need to take some time to look into all of these basic things so that you can choose exactly the position that suits you. Good Luck!
Best Regards,
Akak HR