Pernah tak anda buat CV sehingga 10 muka surat?
Inilah sebenarnya kesilapan biasa apabila anda memohon pekerjaan baru.
Tidak semua majikan mahu membaca keseluruhan CV anda memandangkan mereka perlu meneliti lebih kurang 100 CV setiap hari!
Berikut adalah 8 cara BETUL untuk anda membina CV anda :-
1. Pastikan CV anda sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa (Jangan lupa rekodkan semua pencapaian anda pada setiap tempoh pekerjaan dan jangan lupa sertakan gambar profil yang profesional)
2. Beri alamat email dan nombor telefon terkini supaya bakal majikan mudah hubungi nanti (Pastikan alamat email adalah profesional)
3. Maklumat peribadi seperti status perkahwinan, kewarganegaraan, bahasa pertuturan, tempoh notis diperlukan supaya bakal majikan mudah untuk membuat perkiraan semasa proses pengambilan pekerja seperti tempat tinggal, kemudahan permohonan visa pekerjaan, tarikh dijangka lapor diri dan sebagainya.
4. Senaraikan maklumat bernilai seperti tanggungjawab utama terkini atau semasa pekerjaan terdahulu juga pencapaian-pencapaian berupa fakta dan angka supaya dapat menyakinkan bakal majikan dan membuka peluang untuk anda terpilih ditemuduga.
5. Kongsi laman web yang tepat bagi pekerjaan terdahulu agar bakal majikan tahu sejarah tempat pekerjaan anda terdahulu.
6. Luangkan sedikit masa dan usaha dalam membina CV anda. Ingat! CV anda adalah iklan penting tentang diri anda (Hadkan CV anda kepada 2 atau 3 muka surat sahaja)
7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan dalam CV anda. Format dan font yang digunakan juga mestilah sesuai. Ingat! CV anda adalah tanggapan pertama bakal majikan terhadap anda.
8. Luangkan sedikit masa untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam pembinaan isi kandungan dan format CV daripada pakar pengambilan pekerja.
CV yang disediakan dengan baik memerlukan usaha dan masa untuk dibina. Jangan takut untuk berubah dan perbaikilah CV anda!
Jika anda ingin kemaskini CV anda dan inginkan proses carian kerja lebih mudah boleh lah cipta atau kemaskini profil anda diportal www.whr-solution.com. Ini adalah portal carian kerja trending yang anda perlukan.
Pesanan Ikhlas,
Akak HR
To View Article in English, please see below for translation.
8 CV Tips from Akak HR
Have you ever made a CV up to 10 pages?
Actually this is a common mistake when you apply for a new job. Not all potential employers will be able to read all your CV as they need to review about 100 CV per day.
Below are the 8 tips for you to build your CV :-
1. Ensure your CV is updated from time to time (Don't forget to record all your achievements from every employments and don't forget to attach professional profile picture).
2. Put current email address and latest phone number so it will be easy for potential employer to contact later (please ensure email address is professional).
3. Provide personal information such as marital status, nationality, languages spoken, notice period in order for potential employer to determine on budget accommodation, feasibility in obtaining employment visa, forecast joining date and etc.
4. Input valuable information about your current or previous role such as key job responsibilities, achievements with facts and figures so that can convince the potential employer to select and provide you an interview opportunity.
5. Share and insert accurate web link of your previous employment so that potential employer can get an idea and know history of your previous employment.
6. Spend a litte time and effort in your CV. Remember your CV is an important marketing advertisement about you! (Limit your CV only for 2 or 3 pages).
7. Ensure your CV has been spell checked. Format and font must be appropriate (Remember, your CV give first impression about you to an employer).
8. Feel free to seek an advise on content and format of your CV from an expert such as Hiring Manager.
A well prepared CV takes time and effort to build. Don't be afraid to change and improve your CV!
If you want to update your CV and wanted an easy job application, you can create or update your profile on the job search portal www.whr-solution.com
This is the trending job search portal you need.
Best Regards,
Akak HR